Saturday 20 April 2013

12 04 2013

Hi. Assalamualaikum. Pada pagi yang indah ini , aku ingin meluahkan apa yang selama ini aku pendamkan. Banyak perkara yang selalu terjadi dengan aku. Tapi aku masih boleh mempertahankan demi kebahagiaan. Ramai yang kata kita mesti teruskan dengan life kita. Jangan terus berputus asa , terus lemah disebabkan sekecil masalah. Tapi aku sedaya upaya lakukan tapi kenapa ada juga yang sering berlaku walaupun itu secara tidak sengaja. Ya. Memang selama ni masalah timbul disebabkan aku juga. Kadang kadang apa yang aku buat boleh membuatkan si dia sakit hati dan sebagainya. Tapi apa yang aku buat ? Adakah cara aku ni dia dah bosan ? Macam semalam , kami gaduh. Ohh. Maybe semua orang kata gaduh itu perkara biasa. Tapi sampai bila nak bergaduh ? Okay adat lah orang kata kalau berapa lama hubungan mesti ada juga gaduh. Tapi ada yang boleh selesaikan secara mudah. Kerana salah seorang mengalah daripadanya. Banyak sangat dah aku terasa kecil hati , tersinggung , tersentap dengan kata kata dia. Berapa banyak kemarahan dia , aku masih lagi cuba mendamaikan semula keadaan. Tipulah kalau perempuan tak pernah mengeluarkan air mata setitik disebabkan lelaki. Kenapa selalu perempuan begini ? Sebab mereka terlalu sayangkan dia. Kadang kadang juga mereka berasa diri mereka tak dihargai. Buat mereka ibarat kawan kawan sahaja. Walau bagaimana pun , perempuan masih lagi boleh bersabar dengan apa yang telah terjadi dekat dia. Masih mampu tersenyum walau sekarang ini masih dalam kesedihan. Dan tidak tahu lelaki boleh fikir sama ada dia faham apa yang perempuan rasa sekarang ini. Yang perempuan inginkan adalah saling faham antara satu sama lain. Menyayanginya sepenuh hati. Bukan terabai begitu sahaja dan itu sahaja yang perempuan inginkan. Berubah itu adalah cara yang terbaik untuk mendamaikan semula keadaan:-)

No comments:

Post a Comment